Banjir Nepal: WhatsApp tak berjawab, rakan pendaki mohon doa

27 Aug 2026 • 10:38 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal: WhatsApp tak berjawab, rakan pendaki mohon doa

PETALING JAYA – Perjalanan sekumpulan pendaki ke Kem Pangkalan Everest (EBC) melalui Tibet mencetuskan kebimbangan selepas mereka dilaporkan tidak dapat dihubungi ketika berada di kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Perkara itu dikongsikan seorang wanita, yang memohon orang ramai mendoakan keselamatan rakannya serta pasukannya yang kini berada di kawasan berkenaan.

Menurutnya yang menggunakan profil @Ana Man di media sosial, kumpulan terbabit sedang dalam perjalanan menuju EBC melalui Tibet, namun mesej WhatsApp yang dihantar malam tadi tidak mendapat sebarang balasan.

“Allahuakbar, doakan rakan saya dan pasukan dia yang berada di sempadan China (Tibet)-Nepal selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Mereka dalam perjalanan ke EBC melalui Tibet. Malam tadi, WhatsApp semua tak berjawab. Semoga ada perkembangan hari ini. Amin,” katanya.

Terdahulu, lapor stesen penyiaran BBC, sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh, manakala beratus-ratus pelancong hilang selepas banjir kilat dahsyat dan banjir lumpur melanda sempadan Nepal-Tibet.

Menurut Lembaga Pelancongan Nepal, pelancong yang hilang termasuk lebih 100 orang dari India, 47 pelancong Amerika Syarikat , 33 rakyat United Kingdom dan 17 warga Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: WhatsApp tak berjawab, rakan pendaki mohon doa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved