Banjir Nepal: Dua pegawai JBPM antara rakyat Malaysia gagal dihubungi

27 Aug 2026 • 2:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Banjir Nepal: Dua pegawai JBPM antara rakyat Malaysia gagal dihubungi

Dua pegawai JBPM antara lebih dari 50 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan banjir kilat Rasuwa, Nepal, ketika dalam perjalanan ke Everest Base Camp.

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan antara rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat di Rasuwa, Nepal semalam.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata seorang daripada mereka bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat JBPM manakala seorang lagi ialah pegawai di Akademi JBPM Wilayah Tengah.

Beliau berkata kedua-dua pegawai lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC) yang mula bertolak ke Nepal pada malam Isnin lepas.

“Seorang pegawai kanan bomba dan seorang pegawai bomba. Mereka dalam perjalanan ke EBC. Mereka bukan mendaki, tetapi tracking dan menggunakan jip, mengikut laluan Tibet,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berusaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa.

Anwar turut mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar supaya segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk melalui kementerian dan kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal.

Menurut laporan media, banjir kilat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi, sekali gus mengganggu rangkaian komunikasi dan memutuskan akses jalan raya utama menghubungkan kawasan berkenaan dengan Kathmandu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved