Banjir Nepal: Wisma Putra sahkan 55 rakyat Malaysia gagal dihubungi

27 Aug 2026 • 12:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal: Wisma Putra sahkan 55 rakyat Malaysia gagal dihubungi

PUTRAJAYA- Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai 55 warga Malaysia yang berada di Nepal masih belum dapat dihubungi berdasarkan maklumat terkini diterima Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber berkaitan.

Menurut Wisma Putra, pihaknya sedang memantau rapi situasi susulan banjir besar yang dicetuskan oleh limpahan Sungai Bhote Koshi di Daerah Rasuwa, Nepal semalam.

“Kementerian Luar Negeri memahami bahawa gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik di kawasan terjejas mungkin menyumbang kepada kesukaran untuk menghubungi mereka.

“Menurut pihak berkuasa tempatan, banjir tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk kepada infrastruktur, termasuk jalan raya, jambatan, lebuh raya dan rangkaian komunikasi.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, namun akses ke kawasan terjejas masih terhad,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kata Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat selain Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta hospital utama bagi mendapatkan kepastian mengenai keberadaan warga Malaysia yang terlibat.

“Pada peringkat ini, Kementerian Luar Negeri belum menerima sebarang pengesahan rasmi
mengenai kemalangan jiwa melibatkan warga Malaysia.

“Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri telah mengambil langkah segera untuk menempatkan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh bagi membantu Kedutaan Besar
Malaysia di Kathmandu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: Wisma Putra sahkan 55 rakyat Malaysia gagal dihubungi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved