Banjir Puncak Alam: Jalan Meru Tambahan tidak boleh dilalui kenderaan ringan

5 Nov 2026 • 9:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir Puncak Alam: Jalan Meru Tambahan tidak boleh dilalui kenderaan ringan

SHAH ALAM, 5 NOV: Jalan Meru Tambahan menghala ke Puncak Alam tidak dapat dilalui kenderaan ringan selepas dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter akibat banjir petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.14 petang.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerahkan ke lokasi dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Pemeriksaan komander operasi mendapati paras air di jalan berkenaan mencecah kira-kira dua kaki (0.6 meter) sehingga kenderaan ringan tidak dapat melaluinya.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: Banjir Puncak Alam: Jalan Meru Tambahan tidak boleh dilalui kenderaan ringan
Keadaan banjir di persimpangan Jalan Bukit Ramlee, Jalan Meru Tambahan dan Jalan Bukit Cerakah. Foto Facebook netizen

Sementara itu, beberapa gambar dan video memaparkan keadaan banjir di sekitar Puncak Alam tular di media sosial, khususnya menerusi platform Threads.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan air keruh mengalir deras ketika hujan lebat, menyebabkan beberapa laluan di sekitar Puncak Alam dinaiki air.

Satu daripada video berkenaan turut memaparkan pusaran air dalam aliran banjir yang didakwa berlaku berhampiran Palm Hillpark.

Keadaan banjir turut dikongsikan pengguna media sosial di sekitar Eco Grandeur dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, dengan limpahan air dilaporkan berlaku berhampiran jalan raya serta kawasan kampus.

Dalam pada itu, Ashrul berkata pihaknya turut menerima laporan banjir kilat di Jalan Haji Supi, Kampung Salak, Sepang pada jam 5.37 petang.

Menurutnya, sembilan anggota BBP Sepang tiba di lokasi pada jam 5.59 petang dan mendapati air sudah surut.

“Anggota kemudian menjalankan pemantauan paras air di kawasan berhampiran bagi memastikan keadaan terkawal. Operasi dilaporkan terkawal pada jam 6.10 petang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved