Penyamar ADC Raja Muda Selangor akhirnya diberkas, sembunyi di Johor

28 Oct 2026 • 1:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyamar ADC Raja Muda Selangor akhirnya diberkas, sembunyi di Johor

SHAH ALAM – Pemburuan ke atas lelaki yang menyamar sebagai pegawai pengiring sulit (ADC) Raja Muda Selangor bagi memperdaya mangsa dalam urusan jual beli rumah dan kenderaan berakhir aselepas ditahan di sebuah kondominium di Johor semalam.

Suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang selepas menghilangkan diri sejak 13 Oktober lalu. Turut ditahan adalah pasangan adik-beradik berusia 26 dan 27 tahun di daerah ini dan Johor Bharu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati dua beradik itu dipercayai membantu suspek utama bersembunyi sepanjang diburu pihak polis.

Katanya, salah seorang daripada mereka dipercayai teman wanita suspek yang menyamar sebagai ADC Raja Muda Selangor itu.

“Suspek bersembunyi di sebuah rumah dipercayai milik kenalannya di Johor Bahru.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan penipuan dengan menyamar sebagai ADC Raja Muda Selangor sejak tahun 2023,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini tiada kegiatan penipuan menggunakan modus operandi sama dikesan dilakukan suspek sepanjang berada di Johor Bahru.

Shazeli berkata, sebanyak 26 laporan polis diterima di seluruh negara membabitkan kerugian berjumlah lebih RM1.42 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 15 laporan diterima di Selangor membabitkan kerugian sebanyak RM960,020. Enam lagi kontinjen yang turut menerima laporan ialah Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Perlis,” katanya.

Jelasnya, mangsa terdiri daripada pelbagai kategori dengan modus operandi sama, termasuk menggunakan gambar RMS untuk memperdaya dalam urusan penjualan kenderaan dan hartanah.

“Antara hartanah yang ditawarkan termasuk ‘landed house’ dan kondominium, namun tawaran harga masih dalam siasatan. Reman ke atas lelaki itu dibuat hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dipercayai milik suspek serta tiga buah telefon bimbit.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai tunang suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang merupakan pengusaha salon direman bagi membantu siasatan.

Seorang mangsa yang juga pelakon, Muhammad Ridzuan Shahul Hamid, 34, memberitahu, dia mengenali pasangan itu melalui kenalannya sebelum ditawarkan rumah berharga RM115,000 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2023.

Dakwanya, individu itu mendakwa RMS mempunyai kuota 40 hingga 50 buah rumah bagi setiap projek di Selangor termasuk rumah kos rendah de­ngan bayaran deposit sebanyak RM15,000.

Susulan laporan itu, Pentadbiran Istana Selangor mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes penyamaran berkenaan.– KOSMO! ONLINE

The post Penyamar ADC Raja Muda Selangor akhirnya diberkas, sembunyi di Johor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved