Banjir Selangor: Mangsa menurun kepada 819 orang di enam PPS pagi ini

25 Nov 2026 • 9:37 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir Selangor: Mangsa menurun kepada 819 orang di enam PPS pagi ini

SHAH ALAM, 24 NOV: Jumlah mangsa banjir di Selangor menurun kepada 819 orang daripada 228 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan data portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 803 mangsa di lima PPS, manakala 16 mangsa daripada empat keluarga di Kuala Langat.

Di Kuala Selangor, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Maharaja Lela menempatkan mangsa paling ramai iaitu 348 orang daripada 89 keluarga, diikuti SK Parit Mahang dengan 144 mangsa daripada 37 keluarga.

PPS Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah merekodkan 46 orang daripada 15 keluarga, Sekolah Agama Batu 8 Ijok merekodkan 108 mangsa daripada 31 keluarga.

Selain itu, SRA Pasangan menempatkan 157 mangsa daripada 52 keluarga sementara PPS Balai Raya Kampung Sungai Kelambu di Kuala Langat masih menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

Semalam, Media Selangor melaporkan seramai 1,370 mangsa daripada 392 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di dua daerah setakat jam 8.30 pagi, dengan Kuala Selangor merekodkan jumlah tertinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved