Banjir Teruk Di Hatyai: Ramai Rakyat Malaysia Terkandas

22 Nov 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ratusan rakyat Malaysia dipercayai terkandas dalam banjir di Hatyai, Thailand gara-gara hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Hatyai dilanda banjir kilat.

Susulan itu, rata-rata rakyat Malaysia  memohon bantuan segera disalurkan memadangkan kebanyakan  kedai-kedai makan tidak beroperasi dan bekalan elektrik hotel pula terputus.

image is not available

Difahamkan, pihak berkuasa Thailand sedang giat menjalankan kerja-kerja pemantauan dan mengarahkan kenderaan berat serta lori untuk membantu memindahkan mangsa yang terperangkap di kawasan rendah.

Seorang lagi pengguna Threads, Atiqah Syazwani berkata, kawasan hotel tempat dia dan keluarga menginap turut dinaiki air.

"Hatyai hujan tak berhenti sejak kelmarin hingga Jumaat. Hari ni kawasan hotel semua dah naik air. Doakan kami satu keluarga semua selamat.

"Yang mana merancang nak ke Hatyai, lebih baik tangguh dahulu. Kami semua satu keluarga terkandas dalam hotel sebab banjir. Nak ke mana pun tak boleh," katanya.

image is not available

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dalam satu kenyataan berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand termasuk Hatyai susulan bencana banjir boleh menghubungi pegawai bertugas di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menerusi talian +6681-9901930 untuk mendapatkan bantuan konsular.

Mereka  juga boleh menghubungi konsulat menerusi emel mwsongkhla@kln.gov.my.

“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla ingin menasihatkan agar semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melancong atau melawat selatan Thailand menangguhkan dulu perancangan mereka.

“Ia ekoran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan ketika ini serta banjir yang sedang melanda dikebanyakkan kawasan di selatan Thailand,” katanya.