Bank Negara beri amaran penipuan laman web, aplikasi palsu

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bank Negara beri amaran penipuan laman web, aplikasi palsu

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipu yang menyamar sebagai bank pusat itu melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi serta perbankan.

BNM menerusi satu hantaran di akaun X rasminya hari ini memaklumkan: "Laman web yang kelihatan rasmi tidak semestinya sahih.

“Awas dengan scammer (penipu) yang menyamar sebagai BNM melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi dan perbankan anda,” maklum bank pusat.

BNM menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menyemak maklumat yang mencurigakan menerusi portal pengesahan rasminya.

“Sentiasa berwaspada! Semak maklumat yang mencurigakan di bnm.gov.my/sahkan,” maklum bank pusat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved