
Laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses oleh orang ramai buat sementara waktu.
Bank Rakyat menerusi satu kenyataan berkata pelanggan disarankan untuk menggunakan aplikasi mudah alih atau platform digital seperti, iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran anda," katanya.
Baca juga:
Bank Rakyat Pegang Teguh Integriti Tadbir Urus Dalam Pengurusan Yayasan Bank Rakyat
MAIWP Beri Kepercayaan Kepada Bank Rakyat Sebagai Bank Pertama Urus Dana Wakaf
Bagaimanapun, pihaknya tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan laman web tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai laman web Bank Rakyat yang didakwa telah digodam.




