“Bantu ringankan beban” –  UMNO Lancar Tabung Bayar Denda RM50 Juta Tahanan Najib

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

tahanan rumah najib umno tabung rm50 juta

Perkembangan terbaharu melibatkan Datuk Seri Najib Razak terus menjadi perhatian apabila UMNO mengumumkan akan melaksanakan kutipan dana bagi membantu bekas Perdana Menteri itu melunaskan denda RM50 juta.

Dana tersebut bertujuan membantu Najib memenuhi syarat berkaitan pelaksanaan baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kutipan berkenaan akan dibuat secara telus dan teratur selain mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurutnya, seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong UMNO serta orang ramai yang mahu memberikan sokongan dialu-alukan untuk menyumbang secara sukarela.

“UMNO menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim susulan perkenan baginda terhadap pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Katanya, keputusan itu amat bermakna buat Najib, keluarganya serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini terus menaruh harapan dan mendoakan perkembangan berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan tersebut melalui saluran yang ditetapkan dengan penuh tertib dan rendah hati.

Beliau turut menegaskan bahawa penghormatan terhadap institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan parti.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved