
BEAUFORT: Sebanyak 3,500 bakul makanan disalurkan kerajaan negeri telah diagihkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan yang terjejas akibat banjir.
Adunnya, Datuk Ruslan Muharam berkata, penduduk di 50 buah kampung dalam Zon Gadong telah terperangkap ekoran jalan raya utama terputus akibat banjir yang berlaku sejak lima hari lalu.
AdvertisementKatanya, ia melibatkan laluan utama berdekatan Kampung Bentuka yang ditenggelami air menyebabkan penduduk terbabit tidak dapat keluar ke pekan membeli keperluan barangan makanan.
“Selain Zon Gadong, bantuan sama juga diagihkan kepada penduduk di 10 buah kampung di Zon Weston yang turut menerima nasib sama dan kita akan pastikan bantuan berterusan sehingga banjir reda.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya juga mohon maaf jika agihan bantuan ini sedikit lewat kerana menyediakan barangan dapur dalam kuantiti banyak untuk tempoh singkat, perlukan sedikit masa,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan sumbangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Pejabat Koperasi Bersatu Kampung Suasa Berhad, di sini, Selasa.
SKM diwakili pengerusinya, Datuk Ahmad Norihan Jalal menyampaikan sebanyak 50 bakul makanan untuk diagihkan kepada ahli-ahli koperasi yang terjejas akibat banjir di kawasan itu.
AdvertisementSementara itu, Ahmad berkata, pihaknya setakat ini telah mengagihkan 1,300 bantuan sama kepada ahli-ahli koperasi yang terjejas di beberapa daerah di Sabah yang dilanda banjir, baru-baru ini.
“Selain Beaufort, bantuan ini turut kita salurkan kepada ahli koperasi yang terjejas banjir di Penampang termasuk di Dun Kadamaian dan kita juga akan lihat keperluan sama di daerah lainnya nanti.
Advertisement“Bantuan ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) SKM di bawah Gerakan Koperasi Prihatin Insan Madani Kepada Mangsa Pasca Banjir Sabah,” katanya.
Terdahulu, Ruslan dan Ahmad serta rombongan turut meninjau situasi banjir di beberapa kampung yang teruk terjejas teruk untuk agihan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas.
Sementara itu, di KINABATANGAN, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah di sini pada Isnin menjalankan operasi bantuan makanan untuk penduduk Kampung Bilit di Sukau.
Penduduk terperangkap sejak Ahad selepas laluan utama ke kampung mereka ditenggelami air banjir.
Jurucakap PKOB berkata, kenaikan mendadak paras air Sungai Kinabatangan telah menjejaskan 103 rumah di kampung berkenaan.
Penghantaran bekalan makanan dijalankan oleh agensi penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Majlis Daerah Kinabatangan.
Laluan ke kampung itu masih ditutup kepada kenderaan kecil setakat jam 1 petang Isnin.



