
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, sudah tentu ramai di kalangan Muslim termasuk golongan lelaki dan wanita mahu mengimarahkan lagi masjid atau surau bagi menunaikan solat tarawih.
Pun begitu, ada sahaja isu yang timbul pada setiap tahun berhubung dengan sikap jemaah yang tidak bertanggungjawab. Seperti sebelum ini, tular foto menyaksikan jemaah wanita yang tidak merapatkan saf.
Budaya sembahyang dengan keadaan berlompong itu sekaligus menyebabkan barisan solat berjemaah terputus. Segelintir jemaah turut memberi alasan perlu menjaga anak kecil sehinggakan mereka memastikan ada ruang lebih ketika solat.
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] “Sakit Jiwa Aku Tengok” – Sikap Jemaah Wanita Tidak Rapatkan Saf Di Masjid Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Wanita Lebih Baik Solat Di Rumah Kalau Enggan Rapatkan Saf Secara Sempurna – Bekas Mufti Pahang
Wanita Dakwa Jemaah Masjid Cop Saf Semasa Solat Tarawih
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@elynqira) apabila seorang wanita dikenali sebagai Elin berkongsi pengalamannya ketika mahu menunaikan solat tarawih secara berjemaah di sebuah masjid.
Menerusi video perkongsian, kelihatan ramai wanita yang sudah berumur dilihat sedang solat di saf masing-masing menggunakan kerusi. Namun lain seperti jangkaan Elin, dia mendakwa dirinya telah dihalau ke saf tingkat atas meskipun sudah datang awal ke masjid tersebut.
“Pertama kali pergi masjid rasa kecewa kena halau naik atas walaupun datang awal tapi kita husnuzon,” kata Elin di ruangan kapsyen.
Dakwa Jemaah Cop Saf Kerana Ada Pangkat Datin & Haji
Elin pada awalnya berkata dia tidak berasa terkilan dengan tindakan tersebut sehinggalah ada di antara jemaah yang mula membahasakan diri mereka dengan pangkat seperti Datin dan Haji.
Aksi tersebut dikatakan seolah-olah membenarkan golongan berstatus untuk cop saf di hadapan.
“Kalau tegur sekali okay je sebab saya faham. Tapi makcik tu siap datang tepuk belakang saya lagi and asyik ulang benda sama,” dakwa Elin.
@elynqira First time pergi masjid rasa kecewa kena halau naik atas even datang awal tapi kita husnuzon 🥲🥰 #Ramadan #fypシ #entahlah ♬ оригинальный звук – .
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Bengang Dengan Sikap Jemaah Yang Suka Cop Tempat Duduk
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan sikap jemaah yang suka cop saf di masjid atau surau.
“Saya kena halau solat dekat tingkat atas walaupun ada banyak kosong (di saf tingkat bawah). Buat mood saya down. (Segelintir) wanita berumur buat macam masjid tu diorang yang punya,” kata seorang netizen.
Malah, sesetengah individu turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan isu sama ketika solat berjemaah di masjid.
“Selalu yang depan-depan ni untuk Ahli Jawatankuasa (AJK). Yang tak selalu nampak dekat masjid duduk belakang. Saya dah pernah kena dengan golongan makcik-makcik dan sewaktu dengannya,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir warganet turut berharap agar Elin tidak terasa hati dan bersangka baik dengan situasi tersebut.
“Tak apa dik. Solat dekat saf belakang sebab orang perempuan saf paling belakanglah yang lebih banyak pahalanya berbanding orang lelaki. Orang lelaki saf paling hadapan yang lebih baik untuk mereka,” kata seorang pengguna TikTok.





Boleh Ke Cop Saf Di Masjid?
Sebenarnya, budaya cop saf ini bukanlah pertama kali berlaku. Hasil carian kami mendapati ramai di kalangan wanita di luar sana berdepan dengan masalah sama.

Menerusi semakan kami, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini pernah menjelaskan tentang hukum seseorang mengecop saf di masjid.
Situasi: Seseorang itu tidak meletakkan sebarang tanda yang menunjukkan bahawa itu adalah tempat duduknya dan dia juga belum lagi berada dalam kawasan masjid. Namun begitu, tempat tersebut merupakan tempat duduknya setiap kali dia memasuki masjid.

Jawapan: Dalam situasi sebegitu, jemaah tidak boleh membangunkan orang lain yang datang lebih awal daripadanya kerana duduk di tempat kebiasaannya itu.
Hal ini kerana dia tidak mempunyai hak langsung ke atas tempat berkenaan. Sebaliknya orang yang datang lebih awal itu lebih berhak ke atas sat terbabit berbanding dirinya.
Selain itu, masjid juga merupakan rumah Allah dan milik-Nya. Oleh itu, tidak sepatutnya seseorang mengkhususkan suatu tempat hanya untuk dirinya semata-mata.
Ia juga juga berdasarkan riwayat daripada Aisyah R.Anha, di mana beliau bertanya kepada Rasulullah SAW untuk mendirikan sebuah tempat berteduh buat Baginda di Mina. Baginda menjawab:
لَا، مِنًى مُنَاخُ مَنْ سَبَقَ
Maksudnya: “Jangan (membinanya untuk aku). Mina itu adalah tempat persinggahan siapa sahaja yang lebih dahulu (sampai kepadanya).”
[Riwayat al-Tirmizi (881)]
Baca Artikel Berkaitan: Rasulullah SAW Larang Perbuatan Mengambil Tempat Duduk Orang Lain Ketika Di Masjid
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dua Wanita Didakwa Solat Jemaah Tetapi Tak Mahu Rapatkan Saf
Source:


