Kemalangan maut: Lelaki dipenjara, denda RM20,000 

LocalCars
6 Nov 2026 • 5:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kemalangan maut: Lelaki dipenjara, denda RM20,000 

Tenom: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM20,000 atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Ketua Polis Daerah Tenom Supt Azmir Abd Razak berkata mahkamah turut melucutkan kelayakan lelaki itu daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Perbuatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu berkaitan kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Azmir berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempergiat penguatkuasaan jalan raya dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Beliau berkata perbuatan memandu secara melulu dan berbahaya bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan pemanduan berhemah dan mengutamakan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved