Bapa Gigih Jual Baju Secara Livestream Di Hospital Sementara Tunggu Isteri Bersalin

LocalEntertainment
7 Mar 2025 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki kini sedang menjadi tumpuan netizen dan meraih pujian ramai setelah tular videonya menjual pakaian menerusi sesi livestream di hospital sementara menunggu isterinya bersalin.

Rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu memperlihatkan lelaki dari Thailand itu melakukan ‘kerjanya’ di kawasan menunggu. Dia dihujani pujian kerana rajin mencari rezeki tanpa kira masa.

“Sangat mengagumi pemuda ini! Dia bersiaran langsung menjual pakaian sementara menunggu isterinya bersalin. Suami yang luar biasa!”

Malah menerusi ruangan kapsyen, pemilik video tersebut tetap memuji kesungguhan lelaki ini dan sangat memberikan inspirasi.

“Anda hebat, tuan! Benar-benar mengagumi anda dari lubuk hati saya dengan penuh hormat.”

@sueayai2012

นายสุดยอดมาก ชื่นชมจากใจด้วจิตคาราวะ (ขออนุญาตน้องในคลิปด้วยนะครับ) #fyp #สุดยอด #สู้ชีวิต #เก่งมาก

♬ เสียงต้นฉบับ – ส้มจุก ไง – ส้มจุก ไง

Video yang telah meraih sebanyak 2.9 juta jumlah tontonan itu turut menambat hati netizen yang melihatnya. Menurut mereka, lelaki ini berusaha keras untuk raih pendapatan memandangkan keluarga semkain berkembang, disebabkan itu, ramai yang memberi sokongan moral buat pemuda tersebut.

image is not available
Terjemahan : “Sangat bagus! Wanita itu sangat bertuah kerana mempunyai lelaki yang begitu baik.”

image is not available
Terjemahan : “Dia sesuai dengan perkataan ‘ayah dan suami yang baik’. Saya mengagumi lelaki yang duduk dan mengawasi isterinya di hadapan bilik bersalin, tidak pernah meninggalkannya dan kemudian, bila melihat video hebat ini. Saya percaya dia seorang ayah dan suami yang baik.”

image is not available
Terjemahan : “Saya menangis. Mereka yang berjuang tanpa sebarang alasan adalah mereka yang memenangi setiap halangan. Saya menyokong awak!”

image is not available
Terjemahan : “Seorang bapa yang hebat. Apabila anak anda dewasa, mereka akan tahu bahawa bapa mereka sangat baik dan bekerja keras untuk mereka.”

Semoga apa yang dia buat ini akan membuah hasil kelak, mudah-mudahan.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.