“Bapa kepada Nabila Huda” – Shila Amzah Dedahkan Penyanyi Yang Serangnya Semasa Sesi Latihan Konsert

Entertainment
14 Jul 2025 • 10:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Shila Amzah dalam satu sesi temubual kepada media semalam mendedahkan siapakah individu yang menyerangnya ketika sesi ‘sound check’ untuk konsert ulang tahun ke-20 Mr. DIY baru-baru ini.

Menurut Shila, penyanyi berkenaan bukanlah Ella atau Datuk Awie seperti yang digembar-gemburkan ramai tetapi beliau adalah bapa kepada pelakon, Nabila Huda.

Pelantun lagu Patah Seribu itu juga meminta netizen untuk berhenti daripada terus menuduh Awie sebagai individu yang menyerangnya tempoh hari.

image is not available

Yang pasti bukan Kak Ella, Datuk Awie. Siapa yang cakap Datuk Awie hari tu tolonglah berhenti dan bukan nama-nama lain yang berada di konsert hari itu.

“Bapa kepada Nabila Huda. Saya mengesahkan bahawa bapa kepada Nabila Huda yang menyerang.

“Kalau tengok kepada report saya rasa keterangan sudah diambil daripada pihak dia, jadi kita tunggu sahaja,” kata Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, kepada Astro Gempak.

Kata Shila lagi, tindakannya membuat laporan polis bukanlah untuk merosakkan nama mana-mana individu, namun kerana perkara ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.

Saya buat ini bukan nak burukkan nama sesiapa tapi apa yang salah, salahlah. Apa yang menyebabkan sesuatu negatif kepada orang lain salahlah. Benda ini tak sepatutnya berlaku,” katanya.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan yang mereka sudah mengambil keterangan daripada seorang penyanyi legenda susulan insiden menyerang Shila Amzah secara verbal ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.

Hasil siasatan juga mendapati tindakan penyanyi terbabit berpunca dari rasa tak puas hati terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Sumber: Gempak, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.