Bapa lemas cuba selamatkan anak jatuh kolam ikan

LocalFamily & Parenting
9 Aug 2026 • 7:56 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Bapa lemas cuba selamatkan anak jatuh kolam ikan

Seorang lelaki lemas selepas terjun ke kolam ikan di Raub untuk menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun yang terjatuh ke dalam air

KUANTAN: Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, Raub hari ini.

 Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa, Mohamed Hafidz Che Din, 46, kira-kira 3 petang tadi.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, Mohamed Hafidz terjun ke kolam ikan itu bagi menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun yang terjatuh akibat mahu mengambil plastik bekas roti yang digunakan untuk umpan memancing.

“Anak mangsa berjaya diselamatkan oleh seorang pekerja dan seorang warga Indonesia yang berada di lokasi itu namun mangsa tidak timbul kira-kira 20 minit sebelum ditemukan berhampiran tangga di tepi kolam tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahril berkata Mohamed Hafidz diberikan bantuan pernafasan (CPR) beberapa kali namun gagal dan dibawa ke Hospital Raub.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di hospital berkenaan mendapati punca kematiannya disebabkan kekurangan oksigen akibat lemas (asphyxia secondary to drowning). 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved