Mohamed Hafidz lemas dalam kolam ikan

8 Aug 2026 • 9:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mohamed Hafidz lemas dalam kolam ikan

RAUB – Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sebuah kolam ikan sedalam kira-kira 4.5 meter di Lembah Temir Resort, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohamed Hafidz Che Din, 46, ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas di dalam kolam berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.07 petang.

“Jentera tiba di lokasi pada pukul 3.59 petang dan mendapati mangsa telah dikeluarkan daripada kolam oleh orang awam.

“Anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS) kemudiannya memberikan rawatan awal termasuk melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Mohamed Hafidz lemas dalam kolam ikan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved