Bapa Pasang Harness Pada Anak Kecil Semasa Menunggang Sport Bike Raih Pujian [Video]

LocalFamily & Parenting
23 May 2025 • 6:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui, menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama memang memudahkan banyak urusan harian. Ia menjimatkan masa dan wang selain dapat mengelakkan kesesakan jalan walaupun perlu hadapi halangan cuaca serta had bilangan penumpang.

Walaupun lebih banyak cabaran, ramai tetap memilih motosikal demi praktikaliti. Namun, aspek keselamatan terutama melibatkan anak kecil tetap jadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Baru-baru ini, seorang lelaki mencuri tumpuan apabila membawa anak kecil menaiki sportbike dengan cara yang jauh lebih selamat dan sistematik berbanding kebiasaan.

Guna Harness, Anak Dilekap Rapi Pada Badan Bapa

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@mieraaziz93), seorang wanita merakam gelagat bapa dan anak ketika berada dalam trafik yang separa sesak.

Dalam video tersebut, kelihatan si kecil yang dipercayai berumur sekitar tiga tahun duduk di tempat duduk utama bersama bapanya kerana tidak sesuai untuk diletakkan di bahagian belakang yang sempit dan tinggi.

Apa yang menarik perhatian ialah tindakan si bapa menggunakan harness keselamatan yang menyambungkan tubuh anaknya ke badan sendiri. Harness tersebut melilit kemas bahagian pinggang dan dada si kecil.

Lebih meyakinkan, si kecil turut memakai topi keledar yang sesuai dengan saiz kepala dan kelihatan tenang sepanjang perjalanan, menunjukkan mereka sudah biasa dengan rutin ini.

@mieraaziz93

Bang sorry rakam abg tp i is cannot la so cuteeeeee gewammm tgk anak abg sgt santai diposisi menikmati keindahan jem 😂

♬ MMM – martoven

Tonton video penuh [DI SINI].

“Dari Baby Dah Naik Motor”, Si Ibu Tampil Beri Penjelasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan bapa yang mengutamakan keselamatan anak walaupun hanya menunggang motosikal.

image is not available
Sumber: TikTok @mieraaziz93

image is not available
Sumber: TikTok @mieraaziz93

Apa yang menarik, ibu kepada anak itu turut tampil memberi penjelasan. Difahamkan, si ibu menyatakan bahawa anak mereka memang sudah biasa menaiki motosikal sejak kecil lagi.

Tambah si ibu, jika dihantar ke playschool di Rawang iaitu tempat tinggal mereka, ia akan bercanggah dengan jadual kerja dia dan suami.

Menurutnya, dia yang bekerja di kilang terkadang terpaksa melanjutkan waktu pekerjaan hingga malam, manakala si bapa pula kebiasaannya pulang pada pukul tujuh. Jadi, mereka terpaksa bahagikan tanggungjawab sebaik mungkin.

image is not available
Sumber: TikTok @mieraaziz93

Sportbike Kurang Sesuai Untuk Pembonceng

image is not available
Sumber: Pexels

Untuk info, sportbike merupakan motosikal berkuasa tinggi yang direka untuk tunggangan solo dan prestasi tinggi. Ia tidak mempunyai ruang duduk luas atau raga hadapan seperti motosikal biasa (moped).

Kebanyakan model hanya hadir dengan satu tempat duduk atau tempat duduk belakang yang kecil. Sesetengah pemilik terpaksa ubah suai motosikal jika mahu membawa pembonceng, apatah lagi anak kecil.

Namun, tidak kira jenis motosikal sekalipun, keselamatan tetap keutamaan. Jika peralatan keselamatan lengkap dan cara tunggangan berhemah diamalkan, ia masih boleh jadi pilihan yang selamat dan praktikal.