
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lagu merupakan salah satu bentuk hiburan atau halwa telinga untuk dilakukan oleh kebanyakan orang.
Malah ada segelintir lagu yang enak didengari turut menjadi siulan di bibir orang ramai untuk menyanyikannya.
Bukan hanya itu, bagi yang mempunyai bakat dalam nyanyian pasti ada yang ingin mengetengahkan dengan menyanyikan lagu kegemaran mereka.
Wanita sedang asyik menyanyi jadi perhatian ramai
Baru-baru ini, seorang wanita turut tidak ketinggalan untuk menyanyikan semula sebuah lagu yang disukainya sewaktu berada di dalam kereta.
Namun berlaku satu kejadian ketika dia sedang menyanyikan lagu berkenaan sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Izzii di TikTok, dia yang juga seorang penulis lagu dan penyanyi sedang menyanyikan lagu Lebih Indah Berpisah sewaktu berada di dalam kereta.
Kelihatan Izzii begitu menghayati setiap bait yang dinyanyikan dengan begitu asyik. Malah suaranya juga tidak dinafikan begitu lunak dan sedap didengar.
Tiba-tiba ada orang bergaduh di belakang
Namun sewaktu wanita itu sedang menyanyi dengan begitu penghayatan secara tiba-tiba muncul kelibat di cermin belakangnya sedang bergaduh.
Kelihatan individu berkenaan bergerak daripada sebelah kanan cermin penumpang sehingga ke belakang sedang bergaduh.
Malah turut kelihatan beberapa orang turut mengejari individu yang sedang bergaduh di bahagian belakang kereta Izzii.
Izzii bagaimanapun masih dilihat tenang menyanyi di dalam kenderaannya dan secara tiba-tiba berhenti selepas melihat sesuatu di bahagian belakang.
“Bila kau tengah layan lagu galau, tiba-tiba ribut orang bertumbuk di belakang,” katanya dalam video berkenaan.
@izzi891 Tgh2 layan lagu,org ribut bertumbuk d blkg kereta ku sampai bergegar kereta sbb trhempas badan dorg🥴 #lebihindahberpisah #galau #fyp #sabahantiktokers @Bella Astillah ♬ original sound – Izzii
Tonton video di [SINI]
Siap buka pintu tanya kenapa selepas sedar ada orang bergaduh ketika feeling menyanyi
Sebaik menyedari perkara itu, dia kemudian segera membuka pintu dan bertanya apakah yang sedang berlaku sebelum menutup semula pintu kereta.
“Tengah-tengah layan lagu, orang ribut bertumbuk di belakang kereta ku sampai bergegar kereta sebab terhempas badan orang.”
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Izzii turut berkongsi rakaman dia menyanyikan lagu Afgan sebelum insiden tumbuk itu berlaku.
@izzi891 Bawalah pergi cintaku 😇 #bawalahpergicintaku #afgan #coversong #fyp @Afgan ♬ original sound – Izzii
Tonton video di [SINI]
Ramai terhibur dan sifatkan macam muzik video
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut malah ada yang menyamakan rakaman itu seperti penyanyi, Naim Daniel.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan aksi individu di belakang tersebut seperti di dalam muzik video.
“Hahaha, macam reaksi cikgu bila murid tiba-tiba gaduh di kelas”

“‘Ey kenapa ni?’ Dia tegur macam tegur budak sekolah gaduh”

“Video-video Naim Daniel in real life. Masa dia tengah nyanyi orang bergaduh lah apa lah”



![Dua Ekor Anjing Jadi ‘Bodyguard’ Teman Kanak-Kanak Pergi Sekolah Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)