Wanita Kecewa, Dakwa Pekerja Sorokkan Kod QR & Minta Pelanggan Bayar Tunai

23 May 2025 • 5:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Teknologi yang semakin maju di masa kini telah banyak memudahkan orang ramai dalam urusan harian.

Malah perkara ini juga dapat dilihat menerusi kaedah pembayaran apabila orang ramai tidak lagi membawa wang tunai ke merata tempat.

Sebaliknya kini pembayaran boleh dilakukan secara ‘cashless’ seperti mengimbas kod QR, membuat pemindahan online dan banyak lagi.

Wanita kecewa pekerja sorokkan QR

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga dipercayai pengusaha kedai makan telah meluahkan rasa kecewanya apabila mendakwa pekerja menyorokkan kod QR ketika pelanggan ingin membuat pembayaran.

Menerusi satu hantaran di Thread, awalnya pemiliki kedai makan itu mengatakan ada pelanggan yang membuat pesanan makanan dan ingin membayar menggunakan kod QR.

Namun apabila pelanggan itu ke kedai makan, pekerja di kedai makan tersebut mengatakan mereka tidak mempunyai QR dan terpaksa meminta pelanggan membayar secara tunai.

“Akhirnya pelanggan tu WhatsApp lah tanya ada QR tak, aku kata lah ada sahaja. Aku bagi lah QR aku dekat dia… Aku bagitahulah harga berapa, kemudian dia kata dia dah bayar tunai dekat pekerja. Sebab pekerja aku tak bagi QR suruh bayar tunai.

“Dia ingat kedai dia ke?” soal pemilik kedai makan berkenaan.

Dalam hantaran sama, pemilik kedai makan itu turut berkongsi tangkap layar perbualan dia dan pelanggan berkenaan.

Cas pelanggan RM21 walhal pemilik kedai maklumkan jumlah pesanan berharga RM19

Kelihatan dalam perbualan itu, pemilik kedai makan memaklumkan jumlah harga untuk dua nasi goreng daging bersama telur mata berharga RM19.

Namun pelanggan itu memaklumkan dia sudah membayar sebanyak RM21 di kedai kerana pekerja kedai makan tidak membenarkannya membayar menggunakan QR.

Sebaik mengetahui perkara itu, pemilik kedai mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana telah memaklumkan mengenai hal itu kepadanya.

image is not available

image is not available

Ramai berpendapat bahaya ada staf tak jujur

Di ruangan komen, pemilik kedai turut berasa pelik mengapa pekerjanya mengenakan jumlah RM21 kepada pelanggan selepas ada yang menyoal mengenai perkara itu.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia adalah perkara yang bahaya apabila ada pekerja bersikap begitu kerana dikhuatiri boleh berlakunya kes penyelewengan duit.

Malah ada yang mencadangkan pemilik kedai untuk menampak kod QR bersaiz besar dan mempunyai ‘announcer’ yang berbunyi apabila terdapat pembayaran.

“Tak lawak, ni tanda-tanda staf main duit”

image is not available

“Sis dah boleh cari pekerja lain. S*al je ek main harga lepas tu yang lebih tu masuk poket dia, geram betul aku..”

image is not available

“Bukan nak tuduh tapi cerita ni lebih pada pecah amanah dah. Kalau betul tak boleh simpan dah staf macam tu. Rosak dimakan anai-anai nanti”

image is not available