Bapa Pengantin Perempuan Tiba-tiba Jatuh Sakit, Pasangan Ini Laksana Akad Nikah Di Hospital

Entertainment
13 Jan 2024 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita hanya mampu merancang namun tuhan yang menentukan segalanya. Itulah yang boleh digambarkan dengan majlis perkahwinan pasangan mempelai di Indonesia ini apabila mereka berdua terpaksa melaksanakan akad nikah di wad hospital selepas bapa pengantin perempuan tiba-tiba jatuh sakit.

Memetik laporan Tribunnews, pasangan pengantin tersebut telah hadir ke hospital dengan lengkap berpakaian sedondon berwarna putih untuk majlis akad nikah mereka itu.

Majlis akad nikah yang terpaksa dijalankan di hospital itu telah mendapat perhatian ramai khususnya warganet Indonesia.

@tribunvideo.com

Mengharukan, Pasangan Pengantin Ini Lakukan Akad Nikah di Rumah Sakit #viral #pengantin #pengantinviral

♬ suara asli – tribun_video – tribun_video

Ini kerana dalam video yang tular itu, dapat dilihat bapa pengantin perempuan yang terpaksa berbaring di atas katil hospital telah menangis apabila melihat anaknya yang disatukan dengan pilihan hatinya di hospital terbabit.

Difahamkan, persiapan majlis semuanya telah selesai dilakukan sebelum hari bahagian pasangan itu dan kad undangan juga telah diedarkan.

Jadi, apabila bapa pengantin perempuan tiba-tiba sakit dan perlu dirawat di hospital ketika tarikh pasangan itu sepatutnya berkahwin, pihak keluarga memutuskan untuk tetap meneruskan majlis itu seperti yang dijadualkan, cuma lokasinya sahaja yang diubah.

Pengantin juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital yang membenarkan mereka untuk melangsungkan akad nikah di situ.

Kasih seorang bapa kan, walaupun sakit, namun itu bukan penghalang untuknya melihat anak perempuannya bahagia..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.