Bapa saudara campak budak lima tahun ke sungai direman tujuh hari

22 Sep 2026 • 10:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bapa saudara campak budak lima tahun ke sungai direman tujuh hari

KOTA TINGGI – Bapa saudara yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dengan mencampaknya ke sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili semalam ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan dikeluarkan oleh Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu difahamkan suspek mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi sebelum dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi sambil diiringi polis.

Kosmo! semalam melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencampak anak saudara perempuannya berusia lima tahun ke dalam sungai hingga maut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian, suspek dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum bertindak mengamuk dengan bersenjatakan parang dan mengejar bapa mangsa yang berusia 40 tahun.- KOSMO! ONLINE

The post Bapa saudara campak budak lima tahun ke sungai direman tujuh hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved