'Rasa tak sedap hati, nampak selipar atas tebing...' Nenek pilu kongsi saat akhir Puteri Nur Afiyah, kronologi kanak-kanak lemas dicampak ke sungai

22 Sep 2026 • 12:47 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Rasa tak sedap hati, nampak selipar atas tebing...' Nenek pilu kongsi saat akhir Puteri Nur Afiyah, kronologi kanak-kanak lemas dicampak ke sungai

PILU! Seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas dipercayai dicampak oleh bapa saudaranya ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili dalam satu kejadian yang amat menyayat hati.

Sebelum peristiwa tragis pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang bernama Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, dikatakan pulang bersama bapanya bagi mendapatkan ubat dan suspek turut mengikuti mereka pulang ke Tanjung Sedili sebelum dipercayai bertindak di luar jangkaan hingga meragut nyawa mangsa.

Berikut kronologi kejadian yang dikongsikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman :

1-Suspek yang berusia 37 tahun turut mengejar bapa mangsa berusia 40 tahun dan mengugut mahu mencederakannya.

2-Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Sedili pergi ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.

3-Seorang anggota polis cedera disebabkan berlaku pergelutan ketika cuba menangkapnya suspek.

Image from: 'Rasa tak sedap hati, nampak selipar atas tebing...' Nenek pilu kongsi saat akhir Puteri Nur Afiyah, kronologi kanak-kanak lemas dicampak ke sungai

4-Pembantu pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa dan mayat kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum dihantar ke Hospital Pasir Gudang untuk dibedah siasat.

5-Dalam perkembangan terkini, suspek direman seminggu sehingga 28 September bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 dapat dijalankan.

6-Punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan suspek dipercayai mengalami masalah mental.

Dia budak cerdik, berkali-kali ajak solat - Nenek

Nenek mangsa, Mahani Mad Som, 63, berkata, ajakan Puteri Nur Afiyah untuk menunaikan solat Isyak bersama menjadi antara kenangan terakhir keluarga sebelum kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia.

Menurutnya, si kecil itu tidak pernah berbuat demikian namun pada malam berkenaan berkali-kali mengajak bapanya untuk solat.

“Dia tak pernah cakap macam itu. Memang malam tadi pertama kali saya dengar dia berkali-kali ajak bapanya solat bersama,” katanya.

Mengimbas pada hari kejadian, mereka sekeluarga sempat bersarapan bersama sebelum si kecil itu meminta izin untuk bermain di luar rumah.

Image from: 'Rasa tak sedap hati, nampak selipar atas tebing...' Nenek pilu kongsi saat akhir Puteri Nur Afiyah, kronologi kanak-kanak lemas dicampak ke sungai

“Puteri kemudian bermain buaian dan selepas itu saya mula tercari-cari dia. Saya tanya bapanya tetapi dia juga tak tahu.

“Saya rasa tak sedap hati lalu ajak menantu pergi ke sungai sebelum ternampak selipar Puteri atas tebing,” ujarnya.

Kongsi Mahani, cucunya itu kemudian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka.

Lebih memilukan, Mahani berkata Puteri Nur Afiyah Qalesya merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan sangat rapat dengannya.

“Dia budak yang cerdik. Setiap kali pulang ke kampung, macam-macam perkara dia akan ceritakan kepada saya,” katanya.

 

Nenek hembuskan nafas terakhir tepat masa atuk angkat takbir. Ibu biar atuk habiskan solat dulu. Habis je bagi salam ibu terus bagitau atuk.

"Atuk memang sayang nenek sangat. Dari dulu sampai la dah tua, atuk tak pernah berhenti manjakan nenek. Birthday pun masih nak buat surprise untuk nenek. Semoga atuk terus kuat, dan semoga ALLAH tempatkan nenek dalam kalangan orang-orang yang beriman' - Cucu

Muzik: Alice in Winter Departure (SoundStripe)

Video: ninaaaaaazli

#suamiisteri #meninggaldunia #sinarplus #lifestylesinarharian">

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved