Bapa tak dapat menahan sebak, menangis ikuti prosiding kes anak mati dibunuh

17 Aug 2026 • 12:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bapa tak dapat menahan sebak, menangis ikuti prosiding kes anak mati dibunuh
Gambar kiri: Empat individu ketika dihadapkan ke Mahkamah Batu Pahat pada Isnin. Gambar kanan: Mayat mangsadibalut dengan jaring dan dibuang ke dalam sungai.

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Bapa kepada ahli perniagaan yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibalut dengan jaring dan dibuang ke dalam sungai hadir mengikuti prosiding pertuduhan terhadap empat lelaki yang didakwa membunuh anaknya, Low Kai Xian, 39, di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Lelaki berusia 60-an itu kelihatan sayu memasuki mahkamah dengan ditemani ahli keluarganya.

Bagaimanapun, dia tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sebaik pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh dibacakan.

Peguam pemerhati kepada keluarga mangsa, Chuah Shyue Chien berkata, bapa mangsa masih bersedih dengan tragedi yang menimpa anaknya.

“Dia sedih dan menangis. Keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan terhadap mereka yang didakwa membunuh anaknya,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan mahkamah.

Sebelum itu, empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan awal bulan ini.

Mereka ialah Yogesvaran Subramaniam, 40; Lim Yong Ming, 26; Achuthan Nagarajan, 32, dan How Han Wei, 33.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan 14 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved