Barisan panjang terbentuk di stesen minyak Teheran selepas sekatan baharu AS

WorldPolitics
26 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Barisan panjang terbentuk di stesen minyak Teheran selepas sekatan baharu AS

TEHERAN: Barisan panjang mula terbentuk di stesen minyak di Teheran pada Selasa selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baharu yang bertujuan memberi tekanan kepada Iran supaya tunduk.

Washington kini beralih kepada tekanan ekonomi enam bulan selepas perang terhadap Iran menemui jalan buntu, dengan rundingan damai terhenti dan sebahagian besar lalu lintas melalui Selat Hormuz yang penting disekat.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent pada Isnin menggariskan rancangan untuk melumpuhkan ekonomi terhadap Iran.

Beliau berkata, objektifnya adalah untuk memutuskan setiap talian hayat ekonomi yang menyokong rejim zalim ini.

Walaupun pemimpin Iran tidak mengendahkan kenyataan keras itu, setelah berdepan sekatan selama beberapa dekad, sebahagian penduduk ibu negara bimbang mereka akan merasakan kesannya.

“Rakyat terjejas, baik mereka yang berada dari segi kewangan mahupun mereka yang kurang berkemampuan,” kata ejen hartanah, Mehdi Yazdian, 55, dan menggesa pihak berkuasa mengawal harga.

“Ya, sekatan ini memberi kesan, tetapi secara semula jadi, rakyat kita tabah,” ujarnya.

Iran sememangnya sudah bergelut dengan inflasi yang sangat tinggi sebelum perang tercetus, yang mencetuskan gerakan bantahan antikerajaan yang memuncak pada Januari.

Pihak berkuasa bertindak terhadap gerakan itu dengan tindakan keras yang menurut kumpulan hak asasi manusia asing mengorbankan ribuan nyawa. 

Kerajaan pula menyifatkan keganasan itu sebagai tindakan pengganas yang didalangi AS dan Israel. – AFP

The post Barisan panjang terbentuk di stesen minyak Teheran selepas sekatan baharu AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved