Baru 11 Bulan Kahwin & Pernah Bercerai, Suami Naik Tangan Bila Kantoi Curang Lagi

Entertainment
8 Nov 2022 • 7:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hati isteri manalah tak hancur bila dapat tahu suaminya curang, apatah lagi apabila dia sudah berikan peluang kedua. Pasangan ini baru sahaja 11 bulan berkahwin dan pernah bercerai, dalam tempoh sesingkat itu tergamak dia menduakan isterinya lagi.

Bukan sekali, tetapi dah banyak kali selepas wanita tersebut ‘menyelinap’ kandungan telefon bimbit suaminya itu.

 

“Ada satu ketika, dia beritahu saya bahawa dia sedang bekerja. Tetapi rupa-rupanya, dia sedang memujuk wanita lain untuk bertemu dengannya dan rayuannya tidak berhasil.”

image is not available

Malah, ada juga ayat-ayat godaan suaminya, lebih teruk lagi, apabila suaminya dah ‘kantoi’, dia dipukul oleh suaminya dengan teruk.

Disebabkan itu, dia mengalami tekanan dan membuatkan dia hilang sabar untuk terus buat laporan polis sebelum membuat pemeriksaan kerana kepalanya terlampau sakit.

“Kepala terlampau sakit kena hentak kat dinding, kena sepak, kena tarik rambut.”

Katanya biarpun sakit di badannya, sakit lagi hatinya atas perbuatan suaminya itu kerana dia mengalami kemurungan dan ambil ubat dari doktor akibat masalah mental itu.

image is not available

Malah menurutnya, suaminya nampak begitu baik di media sosial dengan menunjukkan hubungan bersama isteri yang begitu manis.

Dalam masa 23 jam, video ini telah meraih lebih daripada 6,300 jumlah retweets di Twitter, serta dalam perkongsian tersebut, dia menyatakan yang ketika dia berbicara di pejabat agama, dia mengatakan suaminya memberikan alasan yang tak munasabah iaitu jarang buat sarapan.

image is not available

Melihat reaksi netizen, ramai yang panas hati apabila melihat keadaan wanita itu yang banyak lebam di anggota badan, malah ada juga yang mendoakan agar keadilan berpihak kepada wanita ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.