Baru aktif kira-kira dua bulan, sindiket pengedaran dadah ditumpaskan polis

6 Aug 2026 • 3:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Baru aktif kira-kira dua bulan, sindiket pengedaran dadah ditumpaskan polis

IPOH – Sindiket pengedaran dadah jenis ketamin dan ektasi yang baru bergiat aktif kira-kira dua bulan sejak Jun lalu ditumpaskan polis dalam empat serbuan di lokasi berasingan sekitar Ipoh dan Tapah pada Selasa dan semalam.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin, serbuan hasil risikan terancang itu membawa kepada penahanan tujuh suspek iaitu lima lelaki dan dua wanita berumur 22 hingga 44 tahun.

“Serbuan pertama di pusat hiburan di Ipoj berjaya menangkap dua suspek lelaki tempatan. Hasil pemeriksaan menjumpai 19 peket plastik lutsinar berusia bahan disyaki dadah jenis ketamin seberat 20.08 gram dan tiga peket plastik lutsinar ektasi 94.21 gram.

“Manakala, serbuan kedua di pusat hiburan yang sama berjaya menahan dua suspek lelaki warga tempatan dan dua suspek wanita warga tempatan.

“Dijumpai 14 peket bungkusan plastik bergambar kartun berisi serbuk disyaki dadah jenis ektasi seberat 480.60 gram serta satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis ketamin sebanyak 4.06 gram,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan ketiga, di sebuah rumah di Tapah telah menjumpai 71 peket lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ektasi seberat 2,502.10 gram dan satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis ketamin iaitu 4.06 gram.

Dalam serbuan keempat di Bukit Pagar, Tapah, Mohd. Alwi memaklumkan membawa kepada penangkapan seorang suspek lelaki warga tempatan selain menjumpai dua peket plastik lutsinar berwarna biru ektasi 16.08 gram serta dua peket plastik berwarna merah jambu ektasi 16.34 gram. – KOSMO! ONLINE

The post Baru aktif kira-kira dua bulan, sindiket pengedaran dadah ditumpaskan polis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved