Baru Dua Minggu Lalu Terbang Bersama, Penumpang Kenang Kebaikan Kapten Zainol Afiq

9 Sep 2026 • 8:47 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Baru Dua Minggu Lalu Terbang Bersama, Penumpang Kenang Kebaikan Kapten Zainol Afiq

KUALA LUMPUR – Tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa, malah turut menyentuh hati mereka yang pernah mengenali dan berurusan dengan Kapten Zainol Afiq.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai ami_rah_97 berkongsi bahawa beliau pernah menaiki helikopter yang sama bersama arwah kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, Kapten Zainol Afiq merupakan seorang yang sangat baik dan sentiasa melayan kerenah penumpangnya.

“The same pilot flew me just 2 weeks ago during our FDS, he was a kind person, melayan je our antics.”

Perkongsian itu turut disusuli dengan ucapan doa agar arwah dan mangsa-mangsa lain dikurniakan tempat yang terbaik.

Ramai tampil kongsi kenangan tentang arwah

Ruangan komen pula dibanjiri dengan individu yang pernah mengenali Kapten Zainol Afiq.

Seorang rakan sekolahnya menyifatkan arwah sebagai antara individu paling baik yang pernah dikenalinya, malah sentiasa membawa kegembiraan kepada orang di sekeliling.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi bahawa beliau pernah bekerja bersama arwah selama beberapa hari dan menyifatkan Kapten Zainol Afiq sebagai seorang yang sangat baik.

Terdahulu, helikopter jenis BO-105 yang menjalankan penerbangan FDS dilaporkan terhempas berhampiran STOLport Long Lellang pada Selasa. Kesemua lima individu di dalam helikopter itu dilaporkan terkorban, termasuk Kapten Zainol Afiq serta empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Daripada perkongsian mereka yang pernah mengenali arwah, satu perkara yang jelas, Kapten Zainol Afiq bukan sekadar seorang juruterbang, tetapi seorang insan yang meninggalkan kenangan baik di hati ramai.

Semoga arwah dan semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah. – The Malaysian Update

The post Baru Dua Minggu Lalu Terbang Bersama, Penumpang Kenang Kebaikan Kapten Zainol Afiq appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved