Mengantuk datang tanpa diundang, pemandu lori tertidur tengah jalan

30 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mengantuk datang tanpa diundang, pemandu lori tertidur tengah jalan

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan keadaan jalan raya yang sesak dan tidak bergerak selepas seorang pemandu lori tertidur di dalam kenderaannya kerana keletihan. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan seorang penunggang motosikal bersama rakannya mengetuk pintu lori. 

Beberapa ketukan kuat menyebabkan pemandu terbabit terjaga dari tidurnya sebelum dia meneruskan perjalanan seperti biasa. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 59,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kalau letih, berhentikan kenderaan di tepi warung dan berehat,” kata seorang netizen. 

“Ngantuk datang tanpa diundang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Mengantuk datang tanpa diundang, pemandu lori tertidur tengah jalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved