
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan menjadi perhatian ramai apabila memilih kerjaya jaga ibu sakit di hospital walaupun memiliki keputusan yang cemerlang dalam pendidikan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Wan di laman TikToknya, dia percaya bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan Allah akan memberikannya ganjarannya yang lebih baik kelak.
Kerjaya jaga ibu sakit
@john_rambooo Allah has a beautiful plan for you, InsyaAllah. Ini rahsia Tuhan #capcut #rahsiatuhan
♬ original sound - officialnohsalleh - officialnohsalleh
Dalam perkongsian itu juga, Wan mempunyai impian untuk membuatkan ibunya bangga memiliki anak lelaki yang boleh menjaga dan berbakti kepada orang tua.
“Allah ada merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu, insya-Allah. Ini rahsia Tuhan,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Kerjaya jaga ibu sakit

Ini baru patut dibangga!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan kagum dengan sikap tanggungjawab lelaki terbabit yang sanggup mengetepikan kerjayanya demi menjaga ibu yang sakit.

Semoga dipermudahkan urusan
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Wan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat dan berharap segala urusannya dipermudahkan kelak.


Sumber: TikTok @John_ramboo0




