Baru putus cinta dengan duda, Yazmin Aziz dah tayang kekasih baharu?

EntertainmentLifestyle
6 Apr 2026 • 10:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Yazmin Aziz umpama memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah menemui pengganti baharu dan sedang bahagia dilamun cinta apabila memuat naik beberapa keping foto bersama seorang lelaki di media sosial.

Tayang kekasih baharu

image is not available

Screenshot

Menerusi hantaran di Instagram, Yazmin, 24, berkongsi beberapa momen mesra bersama jejaka dikenali sebagai Jasper Gaskin, sekali gus mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bukan itu sahaja, lebih mencuri tumpuan apabila gambar mereka berpegangan tangan ketika menghabiskan masa bersama, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa hati penyanyi tersebut kini sudah dimiliki.

image is not available

Screenshot

Perkongsian berkenaan turut menerima pelbagai reaksi daripada peminat, yang kebanyakannya meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan Yazmin.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, mengatakan lelaki tersebut kelihatan lebih kacak berbanding kekasih lamanya dan mereka berdua amat sesuai menjadi pasangan kekasih.

Gembira untuk awak

image is not available

Tiada lagi barang terpakai

image is not available

Nampak sempurna

image is not available

Artikel lain: Yazmin Aziz terima kejutan, teman lelaki pakai ‘boxer’ corak mukanya – “Happy monthsary”

Terdahulu, sekitar Disember lalu, hubungan Yazmin dengan model Simon Joseph Javier dipercayai sudah berakhir apabila kedua-duanya tidak lagi berkongsi momen bersama serta memadam foto masing-masing di Instagram.

Sumber: Instagram yazmin.aziz