
Honor Malaysia dilihat mula mengacah kehadiran peranti baharu dalam portfolio premium mereka. Walaupun nama rasmi model ini masih dirahsiakan, jenama tersebut telah berkongsi beberapa ciri utama yang bakal hadir bersama telefon generasi terbaharu itu.


Antara yang diperlihatkan termasuk rekaan melengkung ergonomik dengan bingkai logam pusam yang diyakini mampu memberikan sentuhan mewah. Pilihan warna jingga terang turut menjadi tarikan utama kerana semakin digemari pengguna masa kini. Selain itu, Honor memberi bayangan bahawa peranti ini akan hadir dengan AI Button untuk integrasi kecerdasan buatan lebih pintar serta sistem kamera generasi baharu dengan tiga lensa yang direka bagi prestasi setaraf profesional.

Pelancaran rasmi dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Nantikan kemas kini lanjut daripada Honor sendiri. Untuk makluman, Honor juga baru sahaja menawarkan model Honor 600 Lite di pasaran Malaysia pada harga RM1399. Sekiranya berminat, ia boleh didapati sekarang melalui pengedar sah mereka.


