Kemaskini iOS 26.4 Boleh Dimuat Turun – Membaiki Papan Kekunci dan Menambah Emoji Baharu

TechnologyDigital
25 Mar 2026 • 5:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemas kini iOS 26.4 kini boleh dimuat turun bersama dengan iPadOS 26.4, macOS 26.4, watchOS 26.4 dan tvOS 26.4 hari ini. Menerusi kemas kini ini, Apple menambah beberapa ciri baharu dan menampal pepijat yang menjadi rungutan pengguna sejak beberapa minggu yang lalu.

Pertama sekali pepijat pada papan kekunci iOS dan iPadOS yang menyebabkan kesalahan ejaan berlaku apabila menaip dengan pantas telah ditampal. Seterusnya lapan emoji baharu trombon, wajah mata besar, awan bergaduh, peti harta karun, Sasquatch, orca, tanah runtuh, dan penari ballet turut boleh digunakan.

Ciri Offline Music Recognition boleh diakses menggunakan Control Center. Pengenalan muzik walaupun di luar talian boleh dilakukan dengan keputusan carian akan diberikan sejurus selepas peranti kembali mempunyai capaian internet. Selain itu tampalan sekuriti untuk 35 kerentanan turut diberikan. Kemas kini boleh dimuat turun secara OTA sekarang.