Baru Saja Dibuka, Anda Wajib Cuba Aneka Ikan Bakar Atok Otan Di Metrocity Ini

28 Jan 2023 • 11:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aneka ikan bakar yang mengancam

Baru Saja Dibuka, Anda Wajib Cuba Aneka Ikan Bakar Atok Otan Di Metrocity Ini. Seronok juga kalau dapat menikmati seafood khususnya ikan bakar bukan?

Anda mungkin belum pernah mendengar nama restoran Ikan Bakar Atok Otak ini kerana kedai ini baru sahaja beroperasi sekitar awal tahun ini.

image is not available
Baru Saja Dibuka, Anda Wajib Cuba Aneka Ikan Bakar Atok Otan Di Metrocity Ini. Kredit: Ikan Bakar Atok Otan

Sebut sahaja nama restoran ini, anda pasti tahu sajian utama di kedai ini. Semestinya, hidangan ikan bakar!

Terletak di Metrocity Matang yang cukup sinonim dengan port untuk menikmati aneka masakan, restoran Ikan Bakar Atok Otak ini tampil dengan keunikan tersendiri menerusi menu berasaskan seafood yang dibakar dengan rempah dan cita rasa tersendiri.

Bukan setakat ikan bakar, pelbagai menu turut disediakan

Pastinya, restoran ini menepati selera mereka yang hadir untuk menikmatinya.

image is not available

Buat penggemar ikan bakar dan seafood, anda wajib cuba menu Ikan Bakar Sambal Merah, Ikan Bakar Sambal Belado dan Asam Pedas Melaka.

Untuk bukan penggemar ikan bakar pula, apa kata anda cuba sotong bakar dan ketam sambal telur di sini.

Bukan itu sahaja, mereka turut menghidangkan makanan laut yang disediakan secara shell out!

Menariknya shell out di sini, mereka menghidangkannya dengan 6 cara masakan untuk dipilih oleh pelanggan.

image is not available

Jadi, buat anda yang mencari hidangan ikan bakar terbaik dan ingin menjejakkan kaki ke sini, bolehlah segerakan rancangan anda dalam masa terdekat ini!

Waktu operasi

Memandangkan restoran ini baru sahaja beroperasi selama seminggu, anda boleh ikuti hari operasi mereka di facebook mereka di Ikan Bakar Atok Otan.

Untuk waktu operasi pula kedai ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.

Lokasi: Ground Floor Lot 14109 Metrocity 3, Jalan Matang, 93030 Kuching, Sarawak

Ketahui tempat makan menarik: