Simple Tapi Sedap, Nasi Ayam Cincang Cekgu Di Kuching Ini Digemari Ramai

24 Jan 2023 • 2:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Simple, Sedap dan Kenyang’!

Simple Tapi Sedap, Nasi Ayam Cincang Cekgu Di Kuching Ini Digemari Ramai. Buat anda yang ingin menikmati nasi ayam cincang padu di Kuching, apa kata anda cuba Nasi Ayam Cincang Cekgu ini!

Mempunyai dua cawangan di Kuching iaitu satu di Taiko Cafe Jalan Astana dan satu lagi Pak Amit Cafe, Batu Kawa, Nasi Ayam Cincang Cekgu ini menawarkan menu simple, sedap dan kenyang buat para pelanggannya.

image is not available
Simple Tapi Sedap, Nasi Ayam Cincang Cekgu Di Kuching Ini Digemari Ramai. Kredit foto: FB Nasi Ayam Cincang Cekgu

Tagline; Simple, Sedap dan Kenyang

Dengan tagline mereka iaitu ‘Simple, Sedap dan Kenyang’, Nasi Ayam Cincang Cekgu ini boleh didapati dengan harga serendah RM 8 sahaja.

Ayam cincang penuh aroma dimakan bersama nasi panas, sambal ngesit dan juga kuah kari yang padu akan membuat hari anda berasa lebih indah sekali.

image is not available
Kredit foto: FB Nasi Ayam Cincang Cekgu

Boleh tambah ekstra ayam

Hidangan nasi ayam cincang yang enak ini pasti akan membuat anda kenyang dan puas hati. Jika anda tak puas hati, anda boleh minta nasi ayam cincang ekstra ayam dengan harga RM 12 sahaja.

Beroperasi dari jam 11.30 pagi hingga 10.30 malam di Pak Amit Batu Kawa dan 6 petang hingga 11 malam di Taiko Cafe Jalan Astana, anda boleh dapatkan nasi ayam cincang anda sekarang!

Lagi port makan sedap di Kuching yang anda perlu cuba: