
Sebelum ini, kisah pasangan ini tular di media sosial dan turut dihubungi oleh sebuah stesen radio kerana pengalaman mereka menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) selama hampir tujuh tahun. Berkat kesabaran, akhirnya, mereka dapat tinggal bersama pada Februari lalu.
Namun, berita gembira yang hanya dapat diraikan seketika sahaja apabila dia menerima panggilan daripada seorang anggota polis yang memaklumkan insiden kemalangan yang melibatkan suaminya.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, dia menerima panggilan daripada anggota polis yang memberitahu bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan maut di Sri Medan.
“Saya terkejut tetapi tidak menangis pada ketika itu. Selepas panggilan itu, saya semak lokasi melalui aplikasi Find My dan mengesahkan keadaan suami saya,” kata wanita itu.
Dia kemudian hadir ke balai polis atas permintaan pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.
Baca juga:
Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera dipukul
‘Kematian Zara Qairina paling konsisten dengan tindakan mengakhiri nyawa sendiri’ – Pakar
Sin Sing Coffee tepis dakwaan terkait isu peralatan tidak halal
@ivorynocturnehush Our long-distance era, after almost 7 years, has finally come to an end. Happiness once limited by distance has now turned into a happiness with no boundaries. Thank you, my love, for never giving up on us, for fighting so hard so we could finally be together. It wasn’t always easy, and the distance wasn’t always kind, but Allah knew our hearts. And today, we finally get to live the life we’ve waited for so long. Alhamdulillah. Kepada pasangan pjj yang lain, semoga kalian ada rezeki untuk duduk sama. Dan doakan permulaan kami menjadi permulaan yang terbaik dalam hidup kami. ❤️
Dalam perkongsian bersama HotFM, wanita itu turut menceritakan bahawa dia masih berada dalam penafian pada awalnya, kerana masih terasa baru sahaja bertemu suaminya malam sebelumnya.
“Saya rasa macam, ‘eh, pagi tadi baru jumpa. Saya tak sempat salam sebenarnya. Tak sempat nak cakap hati-hati dekat dia pergi jalan, keluar bilik air. Itu pun memang kami tak berpandang mata,” katanya.
Memetik kenyataan dari Facebook Polis Melaka, suami kepada Noor Adrina, Koperal Muhammad Ainolalif Md Said terlibat dalam kemalangan maut di Seri Medan, Batu Pahat.
Allahyarham disahkan meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, akibat kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas. Allahyarham pernah berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Jasin sebelum ditukarkan ke Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat pada 12 Mac 2026.
The post Baru tinggal bersama selepas 7 tahun PJJ, isteri terima panggilan kematian suami appeared first on The Reporter.
