Pegawai AADK cedera dihiris suspek ketika operasi di Bangsar

LocalPolitics
1 Apr 2026 • 11:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis sedang giat mengesan suspek yang berusia 46 tahun dan tinggal di Cheras. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cedera di tangan selepas dihiris dengan pisau oleh seorang lelaki ketika menjalankan operasi di sebuah premis cuci kereta di Bangsar, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.08 petang itu, mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan di tapak tangan kanan dan ibu jari kanan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada rakan sekerja mangsa yang juga petugas AADK.

"Suspek pada mulanya telah ditahan dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing, namun enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak agresif untuk melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan berada dalam keadaan stabil.

"Suspek berusia 46 tahun tinggal di Cheras, usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.