Bas persiaran bawa 43 penumpang terlibat kemalangan

31 Aug 2026 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bas persiaran bawa 43 penumpang terlibat kemalangan
Bas persiaran yang membawa 43 penumpang terlibat dalam kemalangan di Bulatan Kanowit, Sibu Jaya, awal pagi Isnin.
Image from: Bas persiaran bawa 43 penumpang terlibat kemalangan
Seramai 23 penumpang yang cedera terdiri daripada 19 wanita dan empat lelaki.

SIBU – Bas persiaran yang membawa 43 penumpang terlibat dalam kemalangan di Bulatan Kanowit, Sibu Jaya, awal pagi Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikejarkan ke lokasi.

Jurucakap PGO Bomba Sarawak berkata, seramai 23 penumpang yang cedera terdiri daripada 19 wanita dan empat lelaki.

**media[3632134]**

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak menyelamatkan seorang penumpang wanita yang masih berada di dalam kenderaan, manakala 42 penumpang lain telah dibantu keluar oleh orang awam lebih awal.

“Petugas perubatan memberi rawatan awal di lokasi sebelum kesemua mangsa yang tercedera dipindahkan ke Hospital Sibu dan Hospital Kanowit untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved