Sembilan cedera, bas membawa 36 pelajar, guru kemalangan di Jalan Kota Belud-Kundasang

31 Aug 2026 • 3:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sembilan cedera, bas membawa 36 pelajar, guru kemalangan di Jalan Kota Belud-Kundasang

KOTA BELUD: Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Sabah cedera ringan selepas bas membawa 35 pelajar dan seorang guru terlibat kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan anggota BBP Kota Belud terus digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian.

Katanya, dua anggota bersama sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai.

“Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan lanjut menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tuaran dan Kota Belud serta ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya di sini hari ini.

Elge berkata, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal sebelum operasi ditamatkan jam 12.32 tengah hari.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kemalangan masih dalam siasatan. – UTUSAN

The post Sembilan cedera, bas membawa 36 pelajar, guru kemalangan di Jalan Kota Belud-Kundasang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved