Bas bawa rombongan pelajar sekolah terlibat kemalangan

31 Aug 2026 • 7:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bas bawa rombongan pelajar sekolah terlibat kemalangan
Bas bawa rombongan pelajar terbabit dalam kemalangan di simpang tiga Kota Belud-Kundasang.

TUARAN - Sembilan pelajar cedera selepas bas sewa yang membawa rombongan sebuah sekolah terbabit dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Kota Belud-Kundasang di sini pada Isnin.

Difahamkan, bas berkenaan membawa 35 pelajar dan seorang guru bagi mengikuti lawatan ke sebuah sekolah lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11 pagi.

Katanya, dua anggota kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 39 kilometer dari BBP Tuaran.

"Menurut laporan, kemalangan itu melibatkan sebuah bas persiaran yang disewa untuk membawa 35 pelajar dan seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini.

"Akibat kejadian itu, sembilan pelajar mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 12.32 tengah hari selepas pihaknya memastikan keadaan di lokasi selamat dan terkawal.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved