Batal pendaftaran PN didakwa gambarkan ketakutan Kerajaan Madani

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Batal pendaftaran PN didakwa gambarkan ketakutan Kerajaan Madani
RoS membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dan representasi gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dalam notis terdahulu.
Image from: Batal pendaftaran PN didakwa gambarkan ketakutan Kerajaan Madani
Tuan Ibrahim.
Image from: Batal pendaftaran PN didakwa gambarkan ketakutan Kerajaan Madani
Ahmad Faizal.

SHAH ALAM - Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) didakwa menggambarkan ketakutan Kerajaan Madani terhadap Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Pas melahirkan dukacita di atas tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

"Ini kerana hanya berbaki dua hari sahaja lagi mahkamah akan membicarakan semakan kehakiman terhadap larangan RoS yang akan didengari pada 22 Oktober 2026," ujarnya kepada Sinar Harian.

**media[3683747]**

Sebelum ini, RoS membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Menerusi kenyataan, RoS memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.

Menurut jabatan itu, pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu sebelum mendapati alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan.

Tambah Tuan Ibrahim, Pas dan rakan komponan akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara ini dalam masa terdekat.

"PN mempunyai beberapa buah kerajaan yang terdiri dari komponan parti berkenaan di negeri-negeri.

"Dalam masa sama, isu ini perlu dilihat secara menyeluruh kerana kesan yang besar kepada mana-mana gabungan politik pada masa hadapan," ujarnya.

**media[3683748]**

Sementara itu, bekas Majlis Tertinggi (MT) PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara peribadi berpandangan, kemelut itu berlaku selepas PN berada dibawah kepimpinan Pas.

Beliau memberitahu, sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN dan memberi peluang kepada kepimpinan Pas untuk ambil alih namun dalam tempoh singkat PN sudah berdepan kemelut.

Jelasnya, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baharu sahaja menjadi pengerusi, begitu juga dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilantik Setiausaha Agung PN, namun selepas lapan bulan timbul masalah sehingga kedudukan PN menjadi tidak menentu

"Saya bercakap sebagai bekas MT PN. Saya berasa sedih melihat gabungan yang dibina bersama-sama sejak awal kini berdepan kemelut.

"Bagaimanapun, berhubung pendirian Bersatu ia akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat parti," katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebook, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), pembatalan pendaftaran PN membuka ruang kepada penyatuan ummah

“Masa paling sesuai untuk payung besar berkembang. Insya-ALLAH."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved