Bateri Nuklear Yang Boleh Berfungsi Lebih 5000 Tahun Dibangunkan

TechnologySpace
9 Jul 2026 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bateri nuklear digunakan pada kenderaan angkasa lepas, perayau dan proba bagi membolehkan ia berfungsi untuk tempoh yang lama untuk meneroka sistem suria. Ia telahpun digunakan pada proba angkasa Voyager I dan II uyang telah melepasi najam serta perayau Chang’e‑3  di permukaan bulan.

Image from: Bateri Nuklear Yang Boleh Berfungsi Lebih 5000 Tahun Dibangunkan

Saintis dari Universiti Northwest Normal dan firma Gansu Zhulong Technology di China mengumumkan kejayaan membangunkan bateri nuklear Qianjiyuan Tianshu yang boleh berfungsi sehingga 5,730 tahun. Ia menggunakan isotop Carbon-14 dan bahan silikon karbon untuk menjana kuasa elektrik.

Ia mengarahkan zarah beta daripada pereputan ke dalam semikonduktor silikon karbida yang kemudiannya merangsang elektron untuk menghasilkan arus litar pintas sebanyak 0.713 µA dan voltan litar terbuka 2.06V. Semua ini dihasilkan oleh bateri bersaiz 16.8 cm³ dan sebanyak 129 millicuries Carbon-14.

Qianjiyuan Tianshu ialah penambaikan untuk prototaip bateri nukler Zhulong-1 yang diperlihatkan pada tahun 2024. Penyelidik menyasarkan penggunaan bateri ini untuk implan perubatan (alat perentak jantung), penggunaan di kawasan laut dalam dan kutub serta aplikasi pertahanan serta aeroangkasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved