
Jika anda mencari pek bateri mudah alih yang kompak, DJI Power 1000 Mini ialah pilihan yang sesuai. Ia direka untuk mereka yang perlukan tenaga mudah dibawa yang sesuai digunakan di luar rumah, ketika perjalanan atau sebagai kuasa tambahan semasa kecemasan.

DJI Power 1000 Mini hadir dengan saiz 31 × 21 × 22 cm, berat sekitar 11.5 kg dan kapasiti bateri 1008Wh. Ia mampu menghasilkan kuasa AC 800W berterusan dengan puncak 1000W serta menyokong peralatan sehingga 1200W.Dari segi sambungan, ia menawarkan dua soket AC, dua port USB‑A, satu port USB‑C dengan kabel 100W boleh ditarik keluar serta port SDC khas untuk peranti DJI. Port SDC ini menyokong sehingga 300W dan direka untuk pengecasan pantas. Contohnya, DJI Air 3 boleh dicas daripada 10% ke 95% dalam masa 30 minit menggunakan kabel berasingan.

DJI Power 1000 Mini menggunakan bateri LFP yang tahan lama dengan jangka hayat sekitar 4000 kitaran sambil mengekalkan 80% kapasiti. Ia boleh dicas melalui kuasa AC, kereta, atau panel solar dengan modul MPPT 400W terbina dalam serta penyambung MC4 (penyambung standard untuk panel solar). Selain itu, ia berfungsi sebagai UPS (Uninterruptible Power Supply) supaya bekalan elektrik tidak terputus ketika gangguan. Reka bentuk sistem tertutup menjadikannya lebih lasak manakala 10 sensor bateri memastikan keselamatan. Ia boleh dikawal melalui aplikasi DJI Home serta dilengkapi lampu LED terbina dalam dengan kecerahan boleh laras.

Bagi yang berminat, DJI Power 1000 Mini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,199.
Sumber – DJI Malaysia



