
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sentiasa diingatkan untuk berhati-hati ketika sedang memandu atau menunggang motosikal bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang sudah pun berhati-hati semasa memandu namun terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Perkara terbabit boleh berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang lain ataupun sebaliknya.
Tular kereta dipandu secara berhemah terlibat kemalangan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta yang dipandu secara berhemah terlibat kemalangan di sebuah lebuh raya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mhmmdhsm, kejadian dipercayai berlaku selepas kereta jenis Toyota Vios dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.
“Betul orang kata, kita bawa (kereta) elok-elok tapi punca kemalangan itu datang dari orang lain,” ciapnya.
Tengah memandu di lorong kiri, tiba-tiba dirempuh kereta
Dalam klip rakaman semasa kejadian yang sohor itu, kelihatan pemandu Vios terbabit sedang berada di lorong kiri lebuh raya tersebut.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang sedang bergerak di lorong kanan menghimpit ke kiri dan merempuh bahagian tepi belakang Vios berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan pemandu Vios hilang kawalan sebelum berpusing merempuh pembahagi lebuh raya.
Sementara Perodua Bezza terbabit terbalik beberapa kali di atas lebuh raya itu. Pemilik dashcam yang melihat kejadian turut terkejut dengan kemalangan yang berlaku.
“Allahuakhbar accident, Allahuakhbar accident, berpusing,” kata pemilik dashcam.
Betul orang kata kita bawa elok2 tapi punca kemalangan tu datang dari orang lain 🤦🏻♂️. Kesian vios tu tak memasal pic.twitter.com/1wJobTDMzt
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) June 3, 2025
Netizen beri pelbagai reaksi
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.
Segelintir netizen mendakwa pemandu Perodua Bezza itu berkemungkinan terlelap (microsleep) semasa sedang memandu.
Namun, ada pula yang tidak menolak kemungkinan mendakwa pemandu terbabit leka bermain telefon sehingga tidak sedar tersasar ke lorong kiri.



Source:

![“Kebersihan Out!” – Ramai Geli Lihat Cacing Ditemui Dalam Makanan, Masih Hidup & Bergerak Atas Pinggan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![“Peka Keadaan Sekeliling” – Pemandu Bas Dipuji, Selamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![“Ni Apa Maksudnya?” – Pilot Darat Dapat ‘Mini Love’ Selepas Beri Pemandu Wanita Laluan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)