
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat segelintir individu yang memandu kenderaan mereka melebihi had kelajuan, lebih-lebih lagi ketika di atas lebuh raya yang lengang.
Namun diingatkan bahawa kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja akibat kecuaian pengguna jalan raya.
Lebih merisaukan lagi apabila kemalangan yang berlaku memberi impak berbahaya terhadap pihak tidak bersalah.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!
Toyota Langgar Viva Yang Masuk Ke Lorong Kanan Secara Tiba-Tiba
Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta Toyota yang dimuat naik ke TikTok menyaksikan kemalangan yang berlaku ke atasnya.
Menerusi video terbabit, kelihatan jalan tersebut dalam keadaan yang lengang dan tiada kenderaan lain di hadapan kereta Toyato terbabit, mungkin menyebabkan dia memecut laju.
Namun sebaik sahaja dia hampir memotong sebuah kereta Viva, kenderaan itu secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan menyebabkan pertembungan berlaku.
Walhal tiada sebarang halangan atau kenderaan lain di hadapan kereta Viva itu yang menyebabkan dia perlu menukar lorong.
Dapat dilihat juga kereta Viva berkenaan mahu berpatah balik ke lorong kiri, namun tidak sempat memandangkan kelajuan tinggi yang dipandu pemandu Toyota.
Menurut pemilik kereta Toyota berkenaan, dia memang memandu dengan agak laju kerana tiada kenderaan di hadapan, menyebabkan dia tidak sempat untuk menghentikan keretanya apabila Viba tersebut secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan.
@bbymy01 PERHATIAN:masatu memang la laju , meter naik 136 dan turun ke 132 secara mengejut , jangan cakap xcuba brake . dah cuba brake dah pun . laju sbb xde kreta kt depan dan bila nk dkt tiba2 pula dia letak buat signal dan terus masuk kanan .
♬ original sound – R.A🌸
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Bingung Mengapa Viva Tiba-Tiba Tukar Lorong
Menjenguk ke ruangan komen, boleh dikatakan rata-rata orang ramai berasa tidak puas hati dengan tindakan kereta Viva tersebut.
Mereka turut mempersoalkan kecekapan pemandunya yang secara tiba-tiba menukar lorong tanpa memastikan sama ada terdapat kenderaan lain di belakang, apatah apabila tiada sebarang halangan di lorong sebelah kiri.
“Kenapa dia nak masuk kanan? Nak elak hantu ke?” soal seorang individu.
Sebaliknya, ada juga yang mengkritik pemandu Toyota itu kerana melebihi had laju 110km/j yang kebiasaannya ditetapkan bagi lebuh raya di Malaysia.
Mereka turut mempersoalkan mengapakah dis tidak cuba menghentikan kenderaannya bagi mengelakkan perlanggaran tersebut.
Di samping itu, beberapa pengguna media sosial turut mempersoalkan siapakah yang akan disaman antara kedua-dua pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Menerusi satu komen yang ditinggalkan, difahamkan Viva terbabit mungkin menukar ke lorong kanan untuk masuk ke satu simpang kanan di hadapan.










Langkah CITO Penting Untuk Elakkan Kemalangan
Ketika memandu, orang ramai diingatkan agar berhati-hati dan memeriksa keadaan sekeliling dengan betul sebelum hendak membelok atau masuk ke lorong lain.
Kaedah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran adalah menerusi CITO iaitu ‘Cermin, Isyarat, Titik Buta, Olah Gerak’.
Menurut Institut Memandu Sinar Sdn. Bhd., Rutin Selamat Memandu atau CITO menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan semasa memandu bagi melepasi hazard atau melakukan olah gerak seperti mula bergerak memotong dan membelok.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil:
- Cermin – Pandang belakang dan sisi untuk melihat keadaan sekeliling.
- Isyarat – Beri isyarat sesuai seperti menerusi signal untuk memberi maklumat kepada pengguna jalan raya lain.
- Titik buta (Blind Spot) – Toleh kepala hingga ke paras bahu bagi menyemak hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin.
- Olah gerak – Pandu kenderaan dengan betul dan selamat dalam posisi dan kelajuan yang sesuai bergantung kepada hazard.

Kenderaan Dilarang Memotong Di Garisan Berkembar
Di samping itu, orang ramai turut diingatkan bahawa memintas kenderaan tidak dibenarkan di kawasan garisan berkembar yang selalu dapat dilihat di kawasan bukit curam, selekoh serta jalan raya sempit.
Pemandu yang didapati melakukan kesalahan memotong di ‘double line’ boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 di bawah Subkaedah 17B (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Selain itu, empat mata demerit juga akan ditolak buat pemandu motosikal, manakala sebanyak enam mata demerit untuk pemandu kenderaan barangan dan bas bagi kesalahan sama.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Kereta Terpaksa Berhenti Tepi, Treler Potong ‘Double Line’ Raih Kecaman Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lori Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Rider Terbabas Bikin Ramai Berang

![Termasuk Jalan Mati, Tular Rakaman CCTV Pencuri Kelisa Berjaya Dicekup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)


![Ramai Teruja Lihat Wanita Kongsi Rumah Dikunjungi Beruang Matahari [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![“Trauma Wei” – Wanita Kongsi Kisah, Jumpa Katak Dalam Tomyam Di Kedai Makan Buat Ramai Geli [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)