
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemalangan jalan raya sering dikatakan berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pemandu kenderaan.
Namun, keadaan jalan yang tidak elok serta faktor lain seperti terdapat halangan atau objek juga boleh menjadi sebab kepada insiden ini.
Baca Artikel Berkaitan: 90% Kemalangan Jalan Raya Berpunca Dari Sikap Pemandu – JPJ
Lihat sahajalah beberapa kemalangan yang terjadi akibat perlanggaran objek di tengah jalan raya.
Walaupun kerja penyelenggaraan sering dilakukan oleh pihak terlibat, namun kadangkala ia juga boleh menjadi punca kemalangan.
Pemuda Alihkan Kabel Di Lebuh Raya
Prihatin dengan nasib pengguna yang lain, seorang pemuda telah memberanikan diri mengalihkan objek di atas lebuh raya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @shuhurazizuddin, pemuda itu pada mulanya dilihat berlari ke lorong paling kanan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) setelah memastikan keadaan sekeliling selamat.
Pada ketika itu, dapat dilihat beberapa kenderaan yang terdiri daripada lori dan kereta dipandu laju.
Dia kemudian mengalihkan kabel berwarna hijau yang berada di lorong kanan sebelum menunggu pada pembahagi jalan di tengah lebuh raya berkenaan.
Sekali lagi, sebaik memastikan keadaan sekeliling selamat, pemuda itu dilihat berlari semula ke tepi highway sambil menarik kabel berkenaan.
Turut Alihkan Kepingan Aluminium Di Tepi Highway
Pada masa yang sama, turut terdapat kepingan aluminium pada lorong kecemasan lebuh raya tersebut.
Kepingan aluminium itu turut dialihkan oleh pemuda berkenaan di luar jalan berkenaan.
“Kalau kena motosikal, bocor, kalau kena orang, terbelah,” katanya pada video berkenaan.
Melalui perkongsian itu juga, dia turut berkongsi hadis Riwayat Muslim tentang melakukan kebaikan hatta sekecil-kecil perkara.
“Sabda Nabi SAW: ‘Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai di jalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu (Hadis Riwayat Muslim No: 4745),” tulisnya.
Hari ni aku jadi keluang man part time kat lebuhraya @PLUS2u Harini aku alihkan 2 objek di atas jalan lebuhraya HIDUP NI TERLAMPAU RANDOM !! Jangan takut buat baik sebab allah dah janjikan 1 amal kebaikan kau buat Allah gandakan 10-700 kebaikan kepada diri kamu !!! Helmet aku pakai helmet kyt hellcat by @KYT Malaysia Official #shuhurazizuddin #ceokriss #krisskebun #touring #touringbike #kriss110 #kriss #playerkriss #smallbiketouring
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji Perbuatan Baik Pemuda Alihkan Barang Di Lebuh Raya
Perkongsian yang telah mendapat lebih 60,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan baik pemuda berkenaan yang berani mengalihkan objek di lebuh raya.
Pun begitu, ada yang meluahkan rasa risau dengan keselamatannya apatah lagi laluan lebuh raya itu dipenuhi dengan kenderaan yang dipandu laju.
Malah, ada yang berpendapat agar pemuda terbabit sepatutnya mendapatkan bantuan terlebih dahulu daripada pihak PLUS.
Dapatkan Bantuan Plus Jika Terjumpa Benda Asing Di Jalan Raya
Untuk info, sekiranya anda terjumpa benda asing di tengah lebuh raya PLUS atau ternampak perkara kecemasan, pengguna disarankan untuk membuat laporan menerusi talian PLUSLine, 1800-88-0000.
Laporkan kepada kami jika anda ternampak kerosakan jalan, benda asing di atas lebuh raya atau apa sahaja perkara yang…
Posted by PLUS Malaysia on Saturday 6 April 2019
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Terima Kasih, Semoga Allah Permudahkan Urusan Adik Di Dunia & Akhirat”

“Abang Seorang Yang Berani, Kalau Saya Buat, Ibarat Nyawa Di Hujung Tanduk”

“Terbaik, Moga Allah Kurniakan Rezeki Yang Melimpah”

“Cemas Tengoknya, Kenderaan Laju-Laju, Niat Baik Allah Lindung”

“Bang, Call Je PLUS, Bagitahu Kilometer Berapa, Naya Dekat Diri Abang Je”

Baca Artikel Berkaitan: “Jadi Asbab Kaki Melangkah Ke Syurga” – 2 Lelaki Alihkan Serpihan Tayar Pecah Atas Highway [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Inilah Satu Malaysia” – Individu Pelbagai Bangsa Bantu Alihkan Dahan Pokok Patah Raih Pujian [Video]
Source:

![Wanita Jepun Pilih Lelaki Malaysia, Akui Antara Yang Terkacak Di Asia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
