Bawa semangat ‘Bossku’! Yana pikul tanggungjawab bantu BN menang di PRN Melaka

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hasrat melihat Barisan Nasional (BN) menang bergaya menjadi pembakar semangat buat Nooryana Najwa untuk turun membantu jentera parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Image from: Bawa semangat ‘Bossku’! Yana pikul tanggungjawab bantu BN menang di PRN Melaka

Memetik laporan MalaysiaGazette, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, beliau bersama abang-abangnya mengambil tanggungjawab meneruskan sokongan terhadap parti, selain mendekati penyokong yang setia bersama bapanya.

Menurut Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO itu, beliau memahami keinginan Najib untuk bersama jentera parti, namun keadaan tidak mengizinkan bapanya berbuat demikian.

“Kali ini saya bersama abang-abang saya ambil tanggungjawab untuk meneruskan sokongan terhadap parti dan bertemu penyokong yang selama ini setia bersama ayah saya,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih di Kampung Seri Tanjung.

Program itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.

Mengimbau PRN Melaka pada 2021, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana berkata, bapanya ketika itu mengutamakan usaha membantu rakan seperjuangan, meskipun beliau baru melahirkan anak.

“Ketika itu, saya masih dalam pantang. Saya ingat lagi, dia kata, maaf Yana, saya tak boleh ziarah Yana sebab kena bantu kawan-kawan di PRN Melaka.
“Tapi kali ini, Alhamdulillah, Yana ada, abang-abang Yana pun ada. Insya-Allah, kita akan gunakan peluang ini untuk membantu parti dan berjumpa dengan penyokong-penyokong Bossku,” jelas.

Bagi Yana, kecintaan Najib terhadap UMNO dan BN turut mendorongnya untuk terus menyumbang tenaga sepanjang kempen berkenaan.

“Saya bawa semangat perjuangan kerana saya tahu ayah saya sayang kepada parti.
“Ayah saya mahu melihat parti BN menang dengan bergaya dan saya bantu sejauh yang boleh,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Nizam Zain)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved