Bayar RM3 riadah di Taman Eko Rimba bermula 1 September

LocalEnvironment
29 Aug 2026 • 7:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bayar RM3 riadah di Taman Eko Rimba bermula 1 September

PORT DICKSON – Pengunjung Taman Eko Rimba (TER) di Negeri Sembilan akan dikenakan bayaran konservasi sebanyak RM3 bagi warganegara dan RM6 bagi bukan warganegara bermula 1 September ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Ts. Mohd Yussainy Md Yusop berkata, pelaksanaan bayaran itu dibuat secara berfasa bagi memastikan pengurusan dan penyelenggaraan kawasan Taman Eko Rimba dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Menurut beliau, dua lokasi dipilih untuk fasa pertama iaitu Taman Eko Rimba Ulu Bendul dan Taman Eko Rimba Lenggeng, sebelum diperluaskan ke kawasan lain pada peringkat seterusnya.

“Kerajaan negeri meluluskan kutipan bayaran konservasi ini sejak 2022 dan ia bukan perkara baharu atau daripada pentadbiran kerajaan sekarang. Bayaran RM3 dan RM6 itu dikenakan untuk aktiviti riadah dan berkelah di Taman Eko Rimba,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Penanaman Pokok 1008 – ‘Back 2 Nature’ di PD Forest, Sungai Menyala, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan kutipan itu akan dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama bermula September, diikuti fasa kedua pada Oktober (TER Pasir Panjang, Batu Maloi, Gunung Datuk, Jeram Tengok dan Lata Kijang) dan fasa ketiga pada November (TER De’Bana, Serting Ulu, Gunung Tampin dan Jeram Toi). – KOSMO! ONLINE

The post Bayar RM3 riadah di Taman Eko Rimba bermula 1 September appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved