Enam ditahan culik dua warga asing direman seminggu

8 Aug 2026 • 9:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam ditahan culik dua warga asing direman seminggu

PETALING JAYA: Enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan dua warga asing di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, Kedah, direman tujuh hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada seorang lelaki tempatan, empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 20-an hingga 40-an yang ditahan sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif penculikan terbabit,” ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, dua lelaki dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika operasi menyelamatkan dua mangsa culik di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar.

Kumar dilaporkan berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua lelaki itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan operasi dari Bahagian Siasatan Khas (D9) JSJ Bukit Aman sebelum polis membalas tembakan bagi menyelamatkan diri dan memastikan tiada lagi ancaman keselamatan.

Dalam operasi itu, polis turut menyelamatkan dua mangsa culik iaitu seorang lelaki dan wanita warga asing masing-masing berusia lingkungan 70-an dan 30-an yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup serta tangan bergari.

Polis turut menemukan sepucuk pistol separa automatik jenis Beretta mengandungi lima butir peluru, sepucuk revolver dengan empat butir peluru serta sebilah parang panjang berhampiran kedua-dua lelaki berkenaan.

Susulan itu, polis menahan enam individu dalam serbuan berasingan bagi membantu siasatan kes tersebut.!

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan.- UTUSAN

The post Enam ditahan culik dua warga asing direman seminggu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved