Bayaran bukan RM150, hanya RM90 untuk dua program berbeza

26 Sep 2026 • 12:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bayaran bukan RM150, hanya RM90 untuk dua program berbeza

KLUANG – Kesilapan seorang pelajar memaklumkan jumlah bayaran sebenar bagi menyertai program tingkatan lima di sebuah sekolah di sini, kepada pihak penjaganya, menjadi punca seorang wanita meluahkan kemarahan yang dimuat naik dalam akaun Facebook Kluang Fan Club Original, kelmarin.

Pelajar di sekolah tersebut yang menghubungi Kosmo!, berkata, bayaran sebenar adalah hanya RM90 sahaja dan ia buka untuk majlis jamuan perpisahan semata-mata, namun turut merangkumi majlis perkampungan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pembayaran itu turut merangkum kos untuk penginapan, makanan serta hadiah kepada pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut,” katanya, hari ini.

Sementara itu, pihak Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Ayub Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan, siasatan telah dilakukan dan mendapati ia adalah salah faham daripada ibu pelajar berkenaan.

Katanya, siasatan juga mendapati kutipan hanyalah RM90 dan ia digunakan untuk program perkampungan SPM serta majlis makan malam iaitu melibatkan kos penginapan, makanan serta hadiah kepada peserta program.

Semalam Kosmo! i bu kepada seorang pelajar sekolah menengah di Kluang melenting selepas anaknya perlu membayar harga yang tidak masuk akan untuk jamuan perpisahan.

Wanita yang tidak memperkenalkan dirinya itu mendakwa anaknya perlu membayar RM150 seorang selain wajib mengikut tema majlis iaitu British atau Victoria. – KOSMO! ONLINE

The post Bayaran bukan RM150, hanya RM90 untuk dua program berbeza appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved